Xterm adalah pertahanan daripada serangan anai-anai yang dipercayai, yang bersifat tidak invasif dan mesra alam. Dengan Sistem Atas Tanah (Stesen Umpan Xterm) dan Sistem Bawah Tanah (Sistem Umpan IG Xterm) kami, anai-anai diumpan dan koloni mereka dihapuskan, tanpa perlu menggerudi ke dalam binaan bangunan, manakala Wazary 10FL pula, adalah racun pencegah anai-anai yang berkesan dan tidak berbau, dan diluluskan oleh Agensi Alam Sekitar Singapura (NEA) di kawasan-kawasan tadahan hujan.

Anai-anai subteranean dalam bangunan bertingkat diumpan ke dalam Stesen Umpan AG Xterm, kemudian kembali ke sarang mereka untuk berkongsi umpan ini dengan anai-anai lain di sarang tersebut.

Anai-anai subteranean yang telah menyerang harta tanah diumpan ke dalam Stesen Umpan AG Xterm, kemudian kembali ke sarang mereka untuk berkongsi umpan ini dengan anai-anai lain di sarang tersebut.

Anai-anai subteranean yang Aktif dalam tanah di sekitar harta tanah dipintas oleh Stesen Umpan IG Xterm dan mereka makan, kemudian kembali ke sarang mereka untuk berkongsi umpan ini dengan anai-anai lain di sarang tersebut.

Wazary® 10FL ialah racun pencegah anai-anai, dan antara yang paling aktif yang pernah tercipta. Penggunaan bertahun-tahun di pelbagai negara di seluruh dunia, telah menunjukkan bahawa Wazary® 10FL membentuk antara rintangan racun anai-anai yang paling aktif di pasaran. Untuk mendapatkan perlindungan sekurang-kurangnya 5 tahun, percubaan lapangan di peringkat global telah menunjukkan bahawa pencairan 1 : 40 (0.25% sebagai a.i.) adalah disyorkan. Pencairan lebih tinggi 1 : 80 (0.125% sebagai a.i.) telah menunjukkan bahawa ia berkesan sehingga 3 tahun.


Wazary® 10FL ialah pati berasaskan air boleh mengalir (suspension), yang secara ketara mengurangkan bahaya yang dikaitkan dengan formulasi berasaskan minyak yang lebih lazim. Formulasi ini mempunyai kelebihan tambahan, iaitu ia hampir tidak berbau meskipun dalam bentuk yang pekat, sekali gus memastikan tiada aduan pelanggan berhubung bau yang tidak enak selepas digunakan.

Isomer aktif utama dalam Wazary® 10FL telah ditentukan sebagai mempunyai nilai Koc 630,597 dan dikelaskan sebagai diserap daripada air dengan “sangat kuat” ke dalam bahan organik di dalam tanah. Ini mengisyaratkan bahawa bahan aktif ini terikat dengan tanah dengan lebih baik berbanding rawatan racun anai-anai yang disediakan secara komersil, dan sehubungan dengan itu menjadikan tanah sebagai perintang antianai-anai, sekaligus melanjutkan hayat residual produk ini.

Apabila penilaian Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat ke atas pelarutlesapan air dibuat, didapati, 90% Wazary® 10FL yang digunakan terikat dengan kuat dari permukaan tanah hingga 3cm di bawah permukaan. Kurang 2% yang melarut lesap ke dalam air, dan kebanyakannya diserap semula. Penyerapan tanah didapati tidak dapat disongsangkan.

Wazary® 10FL diluluskan oleh Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura (NEA) untuk digunakan di kawasan-kawasan tadahan hujan.

Penggunaan Wazary® 10FL setelah dilarutkan pada kadar 1 : 2000 (Perhatian: larutan biasa adalah antara 1 : 40 dengan 1 : 80) telah menunjukkan bahawa ia memberi perlindungan sekurang-kurangnya 75% daripada penembusan anai-anai, sekali gus menjelaskan tindakan residual jangka panjang hebat produk ini.

Banyak telah diperkatakan tentang manfaat relatif racun anai-anai pencegah dan bukan pencegah. Memandangkan kebanyakan produk yang baru muncul di pasaran bersifat bukan pencegah, ramai yang cenderung untuk menggunakan produk bukan pencegah. Namun, perlu diingat bahawa penggunaan produk pencegah dan bukan pencegah yang terbaik akan menyediakan tahap perlindungan yang sama hebatnya. Malahan dengan nilai Koc (keupayaan untuk terikat dengan tanah) yang amat tinggi, Wazary® 10FL sering memberi kesan residual yang paling lama, manakala produk bukan pencegah akan hilang aktivitinya selepas beberapa tahun disebabkan oleh proses larut lesap di tempat ia digunakan.

Profesor B. T. Forschler, telah mengkaji keberkesanan racun anai-anai tanah dan menghasilkan tujuh formulasi racun anai-anai yang berbeza. Ini menunjukkan bahawa gelaran pencegah atau bukan pencegah ini adalah berdasarkan kepekatan, bukan skop kelas ilmu kimia tertentu.*

Dalam kata lain, sebarang racun anai-anai bersifat pencegah dalam kepekatan yang “tinggi” dan semua racun anai-anai bersifat bukan pencegah pada kepekatan yang “rendah” …”**

Selain itu, kajian yang serupa yang dikendalikan oleh Profesor C.Y. Lee, mendapati bahawa ciri pencegah dan bukan pencegah racun anai-anai bergantung pada kepekatan racun anai-anai yang digunakan.***

*Forschler, B.T. 2009. Menyaring racun serangga untuk digunakan sebagai racun anai-anai tanah memerlukan satu siri bioasai: pengajaran daripada percubaan menggunakan Reticulitermes flavipes (Isoptera: Rhinotermitidae): Mengambil kira tingkah laku anai-anai ke dalam reka bentuk bioasai racun anai-anai. Dalam: Racun Serangga dalam Pengurusan Racun Serangga Di Rumah, Struktur dan Kediaman. Penyunting: Chris J. Peterson, Daniel M. Stout II. Vol. 1015. Bab 5, ms 53-74. Persatuan Kimia Amerika

**Forschler, B.T. 2006. Kelebihan dan kekurangan racun anai-anai bukan pencegah. ms. 76-79. Dalam: Prosiding Kemuncak Haiwan Perosak 2006. Meletakkan Sasaran Serangan Perosak Sifar, Singapura.

***Yeoh, B.H. & C.Y. Lee 2007. Tindak balas menerowong anai-anai subteranean Asia, Coptotermes gestroi di dalam pasir yang dirawat racun anai-anai (Isoptera: Rhinotermitidae) Sosiobiologi (Amerika Syarikat) 50: 457 – 468.).

*Identiti Wazary® 10FL

Nama biasa bahan aktif:
Formula Struktur Fenvalerate:

Komposisi

Sifat Fizikal & Kimia

Kaedah Ujian (Ujian Pencegahan)

Kertas turas basah diletakkan di dalam piring Petri. Separuh permukaan kertas turas diliputi 5g tanah yang dirawat dengan Wazary® 10FL dan separuh lagi diliputi 5g tanah yang tidak dirawat. Tanah dirawat dan tidak dirawat dipisahkan oleh jarak 5mm sebagaimana ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Dua puluh anai-anai subteranean Formosa dilepaskan di bahagian tengah, di antara tanah yang dirawat dengan yang tidak dirawat. Hasilnya ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kelebihan Wazary® 10FL

Keberkesanan Pencegahan Wazary® 10FL

Tahap Pencegahan (%) Wazary® 10FL

Ujian lapangan Wazary® 10FL ke atas anai-anai subteranean yang dikendalikan oleh Jabatan Hutan Diraja, Thailand menunjukkan bahawa jika digunakan pada kadar larutan 1:40, Wazary® 10FL memberi perlindungan 6 tahun.

Kerosakan purata dalam replikat Kawalan sepanjang tempoh yang sama ialah 85.4%.

*Data tidak mencerminkan keberkesanan perlindungan sebenar kerana satu daripada ujian replikat telah rosak.

Untuk perlindungan jangka panjang, Wazary® 10FL hendaklah dilarutkan pada kadar 1 bahagian : 40 bahagian air dan digunakan mengikut saranan pada label. Untuk kawalan jangka lebih pendek, pencairan 1 bahagian : 80 bahagian air boleh dipertimbangkan.

Aktiviti perlindungan kayu yang terbukti – Kuantiti rawatan Coptotermes formosanus: 200 mg/²

Penggunaan Rawatan

Wazary® 10FL hendaklah digoncang sebelum digunakan.

Rawatan Sebelum Pembinaan

Untuk papak lantai, lantai anjung dan platform masuk, guna Wazary® 10FL yang dicairkan pada kadar 4 liter bagi setiap meter persegi atau 7 liter bagi setiap persegi jika berisi batu kelikir yang dibasuh atau bahan kasar lain. Pada asas bangunan blok rongga, atau rongga dalam pertukangan batu, guna larutan pada kadar 7 liter bagi setiap meter linear. Dalam ruang rangkak, guna larutan pada kadar 5 liter setiap meter linear bagi setiap kedalaman 30cm dari lapisan gred hingga ke dasar asas bangunan. Guna larutan di kedua-dua belah asas bangunan dengan memberi perhatian di sekeliling paip dan tembok sambut.

Rawatan Selepas Pembinaan

Guna larutan pada kadar 5 liter bagi setiap meter linear ke dalam parit yang dikorek pada dasar asas bangunan yang dirawat, atau melalui lubang yang digerudi dengan selang jarak 30cm pada papak lantai. Tanah yang digali hendaklah dirawat dan digunakan untuk mengisi kembali di samping tanah di bawah dan di sekeliling anjung. Untuk mengelak pendedahan kepada tanah yang dirawat kepada cahaya matahari langsung, kawasan yang terdedah boleh diliputi dengan lapisan nipis tanah yang tidak dirawat.

Rawatan Pemulihan & Tompokan

Jika terdapat tanda-tanda serangan semula anai-anai selepas rawatan awal, menyebabkan gangguan perintang kimia yang boleh berpunca daripada aktiviti manusia seperti penggalian, pembinaan dan usaha landskap, atau hanya disebabkan oleh rawatan awal yang tidak diikuti dengan sempurna, rawatan semula hendaklah dibuat di kawasan-kawasan ini menurut teknik yang diterangkan dalam bahagian Selepas Pembinaan.

WordPress Video Lightbox