Produk-produk Lain

Sumitomo Chemical Co. Ltd – Syarikat

Sejak penubuhannya pada tahun 1913, di Jepun, Sumitomo Chemical telah berkembang menjadi syarikat bahan kimia multinasional utama dengan jualan melangkaui US$15.0 bilion disokong oleh 24,000 pekerja di seluruh dunia.

Syarikat ini menawarkan pelbagai produk  yang luas, termasuk petrokimia, bahan kimia asas, bahan kimia halus, bahan kimia berkaitan IT, bahan kimia pertanian, farmaseutikal dan pada masa ini sedang dalam proses membina kompleks penapisan minyak dan petrokimia berskala besar di Arab Saudi.

Sumitomo Chemical, adalah sebuah syarikat berorientasikan R & D, yang merupakan peserta utama dalam bidang kawalan perosak kesihatan awam, dan sejak 50 tahun yang lalu telah membina bahagian khusus untuk membangunkan produk yang benar-benar mesra alam bagi tujuan ini.

Olyset, iaitu teknologi jaring nyamuk tahan lama, adalah hasil ciptaan Sumitomo Chemical, yang  mampu kekal berkesan mengawal nyamuk, termasuk vektor malaria dan denggi, dan dijamin 5 tahun. Syarikat ini, turut membekalkan pelbagai produk khusus yang pada hari ini lazim digunakan dalam sektor kawalan perosak bagi pengguna dan juga profesional. Xterm™ hanyalah satu daripada penambahan yang paling terkini dan paling menguja dalam barisan produknya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan produk kami, sila layari laman web berikut –

WordPress Video Lightbox