Apakah Anai-anai?

Anai-anai adalah serangga bertubuh lembut yang lazimnya dipanggil semut putih. Saiznya kecil (4-11 mm) dan tubuhnya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu, kepala, toraks dan abdomen. Koloni anai-anai mempunyai beberapa individu berbeza, yang dipanggil sebagai kasta. Setiap kasta dalam sesebuah koloni mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ahli terbesar dalam koloni anai-anai ini adalah ratunya. Ia juga serangga yang hayatnya terpanjang di dunia.

Anai-anai adalah daripada order Isoptera. Nama ini terbit daripada sifat anai-anai yang mempunyai sayap yang sama saiznya, iso=sama dan pteron=sayap. Sayapnya, jika ada, adalah panjang, langsing, dalam dua pasang dengan saiz dan bentuk yang serupa. Ia biasanya gugur selepas penerbangan mengawan yang singkat, di mana anai-anai jantan dan betina akan berpasangan untuk memulakan koloni baharu.

Anai-anai adalah serangga sosial, yang bercirikan pembahagian tugas dalam lingkungan kastanya, di manamakanan, tempat tinggal dan sumber dikongsi bersama, dan usaha membesarkan anai-anai yang baru menetas dilaksanakan secara kerjasama. Kasta dalam koloni terdiri daripada golongan pekerja, askar dan pembiak. Kumpulan sosial anai-anai subteranean terdiri daripada jantan dan juga betina, tidak seperti serangga sosial lain di mana sebahagian besar ahlinya adalah betina.

Apakah Koloni Anai-anai?

Kasta Pekerja

Anai-anai pekerja terdiri daripada jantan dan betina yang tidak matang dari segi fizikal dan seksual. Ia kasta yang paling banyak dalam sesebuah koloni anai-anai. Kasta ini mengendalikan tugas mencari makanan, menyimpan makanan, menjaga anak anai-anai, menyelenggara sarang, menggali, serta membaiki dan membina galeri dan tiub sarang. Pekerja adalah satu-satunya kasta yang mampu menghadamkan selulosa dalam kayu. Ini dilakukan dengan bantuan flagelat di dalam perut mereka yang membantu penghadaman selulosa. Serangga tanpa sayap ini lazimnya adalah anai-anai pertama yang dilihat apabila sesebuah tiub sarang yang aktif atau secebis kayu yang dijangkiti diusik.

Kasta askar

Anai-anai askar adalah jantan dan betina yang tidak matang dari segi fizikal dan seksual, yang fungsi utamanya adalah mempertahankan koloni. Sebahagian besarnya mempunyai rahang yang besar yang menyebabkan mereka tidak boleh makan dengan sendiri. Justeru, mereka bergantung pada anai-anai pekerja untuk memberi mereka makan daripada makanan yang dimuntahkan. Kepala askar amat panjang. Mereka mempunyai kepala yang sangat panjang. Mereka mempunyai pengkhususan atomik dan juga tingkah laku. Askar anai-anai biasanya buta tetapi dalam sesetengah keluarga, askar yang terhasil daripada barisan pembiak mempunyai mata yang separa berfungsi. Kerja-kerja pengenalpastian spesies dan taksonomi lain sering dikendalikan dengan menggunakan kepala, mandibel dan nasus kasta ini, disebabkan perbezaan ciri-ciri setiap spesies yang amat ketara.

Kasta pembiak

Kelekatu atau pembiak bersayap ini mempunyai dua pasang sayap yang sama saiznya. Kelekatu mempunyai mata yang berfungsi sepenuhnya dan boleh menahan dehidrasi. Orang sering membuat kesilapan bahawa serangga ini adalah kelekatu semut, kesilapan yang mengakibatkan ramai tidak menyedari bahawa terdapat anai-anai di hartanah berhampiran.

Kasta pembiak ini memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan koloni baharu. Terdapat tiga jenis pembiak dalam koloni anai-anai, iaitu pembiak “Utama”, “Sekunder” dan “Tertiari”.

Pembiak utama adalah “swarmers” (kelekatu) yang telah berjaya mengatasi bahaya penyebaran atau penerbangan “mengawan” dan berhenti untuk bertelur dan menetaskan anak anai-anai yang pertama.

Apabila sesebuah koloni anai-anai menjadi terlalu besar, ratu tidak boleh bertelur dengan secukupnya untuk mengekalkannya, justeru, pembiak Sekunder yang kompeten dari segi seksual dihasilkan untuk meringankan bebanan ratu. Meskipun pembiak sekunder ini bertelur tidak sebanyak berbanding ratu, terdapat ratusan daripada pembiak ini dalam sesebuah koloni yang mantap. Sumbangan mereka kepada kapasiti penghasilan telur sesebuah koloni adalah besar dan apabila ratunya mati, mereka boleh mengambil alih tugas memenuhi keperluan pembiakan. Pembiak tertiar terbit daripada pekerja yang terbentuk sepenuhnya apabila bahagian koloni tertentu terpisah daripada koloni utamanya. Pembiak-pembiak atau ergatoid ini, tidak bersayap dan kelihatan seperti anai-anai pekerja yang besar.

Perbezaan Antara Anai-anai & Semut

Terdapat tiga perbezaan utama dari segi morfologi yang membezakan antara anai-anai bersayap dengan semut yang bersayap. Anai-anai mempunyai sesungut lurus atau sedikit melengkung yang bermanik, manakala semut mempunyai sepasang sesungut yang bersiku. Anai-anai bersayap mempunyai pinggang yang lebar, tidak seperti semut yang mempunyai pinggang yang tercerut. Sayap anai-anai sama saiznya, manakala pasangan sayap hadapan semut lebih panjang.

Bagaimana Anai-anai Memasuki Kediaman/Hartanah

Anai-anai sentiasa bergerak mencari makanan di bawah tanah. Sesebuah hartanah mungkin selamat pada hari ini, tetapi tiada jaminan untuk hari esok. Mereka boleh merayap melalui rekahan sehalus kertas untuk memasuki kediaman kita. Makhluk yang sangat kecil ini bertindak balas terhadap isyarat persekitaran seperti perubahan dalam paras lembapan dan suhu. Rekahan pada asas bangunan, penyambung dinding, lubang di sekeliling perpaipan kesemuanya adalah jalan masuk yang boleh digunakan anai-anai.

Meskipun anai-anai dikatakan merayau-rayau di bawah tanah secara rambang, terdapat kajian yang menafikan pendapat ini. Anai-anai mencari kawasan dalam terowong dan tersebar daripada koloni dalam pola radial. Pola carian ini terbahagi dan dipecah bahagi supaya mereka dapat meliputi kawasan yang seluas mungkin. Dalam kata lain, lama-kelamaan, jika terdapat hartanah di sekitar kawasan itu, mereka akan menemuinya.

Apakah Tanda-tanda Amarannya?

Anai-anai jarang-jarang timbul di permukaan untuk mencari makanan. Biasanya, apabila anda menyedari terdapat anai-anai, keadaannya sudah terlambat dan kerosakan sudah pun berlaku. Walau bagaimanapun, akan terdapat tanda-tanda yang boleh dikesan.

  • Anai-anai bersayap yang berkawan atau kelekatu di dalam atau sekeliling rumah, terutamanya berhampiran sumber cahaya selepas hujan.
  • Adanya sarang lumpur pada asas bangunan atau pada dinding yang menjalar dari tanah ke atas memasuki rumah.
  • Sayap gugur yang tertinggal berhampiran pintu dan tingkap.
  • Cat yang mula berbuih pada permukaan kayu yang berbunyi seperti berongga apabila diketuk.
  • Isyarat akustik anai-anai sedang mengunggis dan bunyi ketukan pada permukaan kayu.

Konsep Pengumpanan

Sistem pengumpanan anai-anai ini mengambil kesempatan ke atas tingkah laku semula jadi anai-anai. Sebagai serangga sosial, anai-anai berkongsi makanan dalam proses yang dikenali sebagai trofalaksis. Sifat ini membolehkan bahan toksik yang bertindak perlahan dipindahkan melalui koloninya. Adalah penting supaya tindakan bahan toksik ini cukup perlahan untuk membolehkan anai-anai makan, kembali ke sarang, dan berkongsi sebelum ia mula berkesan.

Kunci kepada konsep ini adalah penggunaan sistem yang menarik anai-anai ke stesen makanan yang mudah diakses yang mengandungi matriks umpan yang sesuai, dan kemudiannya dibawa kembali ke sarang. Lama kelamaan, bahan toksik yang bertindak perlahan ini akan mengurangkan bilangan anai-anai ke tahap di mana koloni ini tidak lagi boleh bertahan, dan akhirnya jatuh “sakit” dan mati.

Mengapa Umpan?

Rawatan racun anai-anai biasa sering melibatkan penggerudian dan pengepaman bahan kimia yang besar jumlahnya ke dalam tanah dengan pelbagai kesan sampingan yang berkaitan termasuk gangguan, bahkan juga kerosakan hartanah. Sebaliknya, pengumpanan anai-anai adalah cara merawat serangan anai-anai yang mesra alam, dengan menggunakan bahan kimia yang khusus bagi perosak dalam jumlah yang kecil dan keadaan yang rendah tahap bahayanya serta tidak mengganggu. Umpan sesuai untuk semua situasi, bahkan mereka yang sensitif terhadap penggunaan racun perosak sekali pun.

Bagaimanakah Xterm™ Berfungsi?

Sistem Pengumpanan Anai-anai Xterm™ merangkumi komponen Atas Tanah dan juga Bawah Tanah yang menggunakan kartrij mengandungi matriks umpan yang direka khusus untuk memaksimumkan penerimaan anai-anai.

Kartrij umpan Xterm™ mengandungi pengawal pertumbuhan serangga terkini yang menghapuskan serangan anai-anai subteranean dalam kadar segera. Ia mudah dikendalikan dan dipasang serta berfungsi tanpa perlu menggunakan penggerudi. Ia juga mesra alam.

Umpan ini menarik anai-anai ke stesen umpan untuk makan meskipun terdapat banyak bahan makanan lain di kawasan berkenaan. Pengawal pertumbuhan serangga ini bertindak perlahan-lahan di dalam Xterm™ dan kemudian dibawa kembali ke sarang dan disebarkan ke seluruh koloni sebelum ia mula berkesan. Ini membolehkan umpan tiba kepada Ratu atau Raja. Dalam kata lain, Xterm™ meletakkan nadi koloni sebagai sasaran.

Xterm™ menawarkan fomulasi yang kelihatan profesional dan bersih, di samping mudah dipasang, diservis serta dipantau.

Manfaat Xterm™

  • Tindakan lebih pantas
  • Pemasangan tanpa kesukaran
  • Mesra alam
  • Reka bentuk stesen umpan yang tidak menonjol
  • Formulasi selulosa mampat yang unik dan sangat menarik
WordPress Video Lightbox